Friday, 17 June 2011

sayang.hargai AYAH

Ayah nafsu liar dihukum

Lucah melampau, rogol anak jiran

KUANTAN: Walaupun sudah mempunyai empat isteri dan 15 anak, nafsu seks melampau seorang buruh akhirnya membawa padah apabila dihukum penjara 22 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah atas dua tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anaknya dan merogol anak jirannya.

Tertuduh berusia 45 tahun dari Kampung Razali, Batu 4, Jalan Gambang, di sini dihukum penjara empat tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen 2 atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anak perempuannya berusia 11 tahun, di sebuah rumah di Kampung Jaya Gading, di sini, pada 2009.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman terbabit selepas mengambil kira kesan kepada kanak-kanak berkenaan, selain kepentingan awam. Pendakwaan kes dilakukan Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Tertuduh yang kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1, mengaku salah atas tuduhan merogol anak jirannya berusia 11 tahun di kawasan semak berhampiran jambatan Kampung Seri Damai, di sini antara jam 1.30 petang hingga 2.30 petang, pada 26 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Noradidah Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan dilakukannya.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengambil kanak-kanak terbabit pulang dari sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah, tertuduh mengubah laluan dan membawa mangsa ke kawasan semak di Kampung Seri Damai sebelum merogolnya.

Tertuduh turut memberikan mangsa sedikit duit dan mengarahkannya tidak memberitahu kejadian yang berlaku kepada orang lain. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kejadian menimpanya kepada keluarga sebelum tertuduh ditahan pada 8 Jun lalu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan perlu menyara keluarga yang ramai serta berjanji tidak mengulangi perbuatan sama.

Assalamualaikum! Selamat Malam korang! Kali ni starting dgn berita plak. Thanks Berita Harian! :) Hari ni hari Bapa plak ( sumber Quzaitul Izzati ) . Then buat perangai camtu. Tak malu ke? Geli plak aku baca tuu. Tolonglah. Dah kawin 4 kot. Then nak lagi. Nasib baik takde tunjuk gbr. Kau penyebab certain budak takot dgn ayah sendiri ( ade ke )? HAHA. Ni bukan nak meroyan / mintak simpati tp just nak tulis ape aku rase utk korang ambik yang mane baik.
& Aku bersyukur sbb dikurniakan seorang ayah, Arwah ayah actually cukup penuh dgn semua sifat mahmudah. Semua orang patut rasa berbangga terhadap ayah masing masing. Kann? Ayah aku ialah hero aku sbb dia tak prnh pukul aku, ape tah lagi cubit aku spnjg aku hidop. Baik kan? In fact masa tu umur aku dah brp tua dah dia still belikan aku barbie doll semua. Bukan nak mintak simpati tp just nak share cite. Bestnya kalau ade ayah ni. Boleh peluk, cium kan? aku sempat buat cmtu bbrp tahun sblm dia pergi je. hmm. agak pathetic lah kan. Aku rapat dgn ayah since ibu dah takde. Ayah sgt manjakan aku! Byk sgt ayah berkorban utk aku, kitorg adk brdk.
Actually masa form 4, ayah dah start sakit. Masa tu plak aku dah start masuk asrama & mcm mcm jadi! Aku rs bersalah gak bila crite psl mslh aku dekat ayah sbb mslh aku buat ayah risau & tak blh tido ;( . Mase exam mid year, essay english dia suruh buat tajuk 'my hero'. Aku pon tanpa byk fkr, trs tulis my hero is my lovely father! Segala yg aku tulis tu semua berdsrkn pgalaman & direct dr hati aku. Mcm nak ngs gak lah bila tulis essay tu, yelah mcm tulis diary lah plak. Last krgn tu aku ckp 'I promise u that i'll never ever dare to send you to old folks home'. Aku siap baca krgn tu kat ayah then ayah senyum ayah ckp 'ya ke ni' . Aku pon ckp 'ye lah' tanpa terfikir pape pasal kepergian ayah. Ade satu hari tu aku nak keluar, then masa tu mmg ayah tak lalu sgt nak makan, dia mengadu kat aku, dia ckp 'ayah lapar, tp ayah tak lalu makan, makan roti tu pon sikit je' tapi aku, mengiyakan tanpa endah! Sgt biadap kau ni Qila! Hopefully korang tak jadi mcm aku. Hargai ayah korang! Korang tak rasa kehilangan tu lagi tp nnt korang akan rasa, so tolong sgt aku mntk sgt korang appreciate ayah korang. Tak semestinya Hari Bapa je, tapi hari hari kalau boleh, call, peluk ciom! Sorry kalau ade yg terasa, Even terok mana pon ayah korang tu, tp dia still ayah korang & semua ayah sygkan anaknya! Tolong hargai & jage parents korang! & skrg tugas aku sudah beralih ke adik beradik aku. & yes i love my siblings damn much! dugaan ni membuatkan kitorg makin rapat! Terima kasih Ya Allah.
Aku rasa cukup lah entry kali ni sampai sini. Hargai parents korang. Dah 5 tahun Hari Bapa aku tanpa arwah ayah, Muhamad Ghawas. orang syg ayah! org syg ibu! Kawan kawan yang baca entry ni saya nak minta jasa baik utk sedekahkan arwah ayah saya. Terima Kasih. take care korang!
xoxo

1 comment:

era zuhairah said...

alfatihah..lal...kau mmg kuat lal..pape pon..kau jadila anak yg tbaek even parents kau da xde..jgn jd cam ak..yg wat parents ak btol tluke ngan pe ak da wat dl..btw..sal brite tue..mmg memalukan..pape pon..ty weyy ntok info tue...heee..