Wednesday, 11 January 2012

TWEEEEET =.="

Assalamualaikum! Yeah! Akhirnya entry first utk tahun 2012 ni. Tup tap tup tap,dah 22 umur aku. Oh Man! Macam tak percaya aje =.= 



Hari ni entry pasal T W I T T E R. Amenda tu?Lebih kurang macam facebook jugak lah.Mak aii.Susah gila nak faham konsep tweet ni camne. So far tak sampai sehari aku jenguk tweet ni,35% je aku rase aku berjaya faham. Actually tweet ni lagi simple dari facebook. Facebook dah melalut,dgn timeline sume tu. 

"tu lah qila, kau gi gatal nak buat timeline tu apsal,kan dah berterabur"

Hampeh betol. Ade lar aku tgk cara nak uninstall timeline ni,tp lps aku try,ntah pape benda kuar,lagi fb aku macam  *^%$3@ . Aku xblh nak komen/update status guna lappy tp guna fown boleh.bila aku nak reply komen guna lappy, dia cakap,dia tu fb tau :

"tak secure utk reply comment,so few days ni nak bukak fb mmg susah & tak secure dia cakap"

Terus aku macam ...... Aku deactivate utk sementara ni. *konon harapan ok balik lah. HAHA. Ohh,dah lari topik,sekarang dah berjinak jinak nak bertweet plak.orang lain dah lama,aku baru nak join.gila LOSER.

     "ahh,lantak lah.janji ade gak acc twitter tu walaupon merangkak rangkak nak 'mengusahakan' acc tu"

Takpe.practice makes perfect kan. HAHA. Anyways, next tyme aku dah pandai bertweet,mungkin facebook aku dah boleh berkubur plak. HIHI. Macam dulu dulu, ada FRIENDSTER,MYSPACE,HI5 lagi ape eh. Banyak gila lah.Lepas satu satu berkubur.Biasalah lar tu kan.Hee,okay taknak merepek dah. Till then. Take care korang!



p/s : dup dap dup dap nak tunggu result degree keluar.hopefully dapat satu kos & tempat dgn ex roomate aku yg dah 3 tahun bersama sebab kebetulan mintak kos yang sama. AMIN :)

xoxo   

Sunday, 18 December 2011

Lelaki Jatuh Cinta?

Assalamualaikum korang. Aku datang lagi nak menulis. Yeehaa. Lepas melalui segala perit, alhamdulillah mungkin semuanya sudah selesai. Okay lah. Ni copy paste je dari facebook. Saje je buat entry ni. Dah kosong otak ni. Silakan membaca! :) . So check out lah if korang suka sorang laki tu then dia buat sume ni kat korang CONFIRM dia pon suka kat korang. HAHA


TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA?


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 

2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayanginya.

4.. Dia berusaha mengokong kebebasan kekasihnya kerna perasaan cemburunya. 
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 

6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. 

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan seluruh perhatian kepadanya.


9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain. 

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 

11. Dia kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 

12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama. 

13. Dia selalu memastikan keselamatan kekasihnya. 

14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 

15. Dia selalu bertanya sama ada kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya. 
 
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya. 

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya. 

20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan sanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri. 

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya. 

 23.Tidak semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.

itu antara tanda tanda dia,ada pape untuk ditambah?silakan :) 

Wednesday, 23 November 2011

Selamanya HARIMAU MALAYA. aauum!

Hell...o korang! :) sekarang ni betol betol baru balik dari stadium tengok Malaysia lawan Syria. Takde rezeki nampaknya Harimau Muda Malay kalah 2-0 . Takpe. Still aku sayangkan Malaysia. Yeah! Kat stadium tu ade gak kumpulan ni nama dia ULTRAS MALAYA. Memang terbaik lar dorang punya semangat. Tak stop okay! Semangat Malaysia mmg takkan pernah padam kan kan? Hee. 



Okay, ni senarai pemain Harimau Malaya bagi kategori B-23 ni :


Penjaga gol:
  • Khairul Fahmi Che Mat - 7/1/1989
  • Mohd Izham Tarmizi - 23/4/1991
Pertahanan:
  • Mahali Jasuli - 2/4/1989
  • Mohd Muslim Ahmad - 25/4/1989
  • Mohd Fadhli Shas - 21/1/1991
  • Mohd Amer Saidin - 25/7/1992
  • Fandi Othman - 25/4/1992
  • Asraruddin Putra - 26/8/1988
  • Zubir Azmi - 14/11/1991
Tengah:
  • Baddrol Bakhtiar - 1/2/1988
  • Wan Zaharulnizam - 8/5/1991
  • K.Gurusamy - 20/11/1988
  • Shukur Jusoh - 28/2/1989
  • Irfan Fazail - 12/4/1991
  • Yong Kuong Yong -
  • Nazmi Faiz - 16/8/1994
Penyerang:
  • Syahrul Azwari - 12/1/1993
  • Thamil Arasu -
  • Izzaq Faris - 18/4/1990
  • Fakri Saarani - 8/7/1989
THE HEROES


Seronoknya tengok rambut syahrul! :)


actually ade lagi bebarapa orang mcm Wan Zack Haikal. Tapi yang namenya takde dalam senarai ialah orang injured. Hoho.



Wan Zack Haikal. Handsome! HAHA

Okay lar. Tu je nak cerita kali ni. Aku bangga dengan Malaysia. For those yang keep on kutuk Malaysia especially Malaysian, please lar okay. Korang duduk mana & lahir kat mana. Malaysia kan. Support lah sikit. Meluat plak aku bila dgr orang ckp menang nasib semua. Kalau betol pun at least lah,tunjuk kebanggaan sikit yang Negara Tanah Tumpah Darahku dah menang & alhamdulillah. Take care (macam dalam iklan garnier) .
xoxo