Friday, 19 August 2011

Touching!

Assalamualaikum! Tadi on fb then ternampak plak cerita ni. So rasa nak share dgn korang. Selamat membaca!
 
 
''EMAK MANA?'' confirm touching!

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Waj...ah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
...
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Thursday, 18 August 2011

Pulangkan!

Assalamualaikum! Good morning peeps! Selamat hari ke 19 berpuasa muslim! :) . Rajin pulak buat entry lately ni. Perhaps sbb bulan puasa ni mesti tak miss utk balik umah! So, bila dah ade internet je ape lg, update lah pape yang aku nak. HEE. Entry kali ni nak cerita benda yang baru je jadi & benda betol.



Tadi petang kul 4.30 kitorg housemate gi DK = dewan kuliah . utk test subjek trnsport. Disbbkan otak fkr nak test je, then tak fkr lah benda yg lain kan. Masa kitorg dtg tak perasan lah kawan aku yg sorg ni bawak handbag or tak. Kitorg lepak dulu depan DK sbb ade kls dlm tu. Masa nak masuk tu serius tak perasan IKA ni tertinggal handbag kat depan DK! Then masuk buat test mcm biasa. Masa buat test tu, dgr jugak kat luar budak bising bising mcm lepak kat tmpt kitorg lepak tadi. Tp buat bodoh je lah kan.

Then dah hbs test, nak balik ni. Aleh aleh IKA tny mane beg dia sbb dia igtkan kitorg prank dia. Then kitorg pon naik lah kat parking dulu, fkr kat mn beg dia. Call sume orang, tny org pon taktahu! Isk isk. Masa tu IKA dah start blurr. Ye lah mcm mcm kot dalam beg tu ; purse, handphone & kad matriks. Kot aku tu dah mengaruk dah tu. Lps tu aku teman IKA gi DK utk check. Kebetulan ade 2 lelaki dlm tu tp pelik sbb kitorg heboh cari tp dorg sikit pon tak tny 'cari ape?' . Then naik kat parking balik, IKA dah start nak ngs. So, aku, ERA & NAZA decide utk gi cari kat DK & sekitar tu lah sampai kat bazaar ramadhan, tong sampah sume cari. TAKDE JUGAK!! Omaigod! Teroknya Perangai kau ni studenntt! Ini UITM, so for sure dalam 97% student = MELAYU & ISLAM & BERPUASA kan? Tapi tergamak gila buat cmtu. yelah. bukan ape. Kalau niat orang tu nak simpan, mst dia tak off fown IKA kan. but then kitorg keep on call IKA tp fown dia dah off. IKA ckp dia silent je fown tak off. Battery pon bnyk lagi. see! nampak sangat lah kan. ASTAGHFIRULLAHALAZIM!

Malam tu kitorg buat report kat pak guard. Then pak guard cakap ade CCTV but then ade kat MAKMAL AD je. Ya ALLAH! Kalau tak dah lama nmpk muka si HAMBA ALLAH ni kan. Pak guard cakap gak takde pon orang return pape. Sampai licin dia kebas. Isk.Lepas tu kitorg gi Balai Polis buat report gak sbb dalam tu ade ATM card & IC. Before tu kul 7 camtu IKA dah call Bank Islam utk block kad dia. Nasib baik org tu tak buat pape transaction lagi. Pheww~

Sekarang ni just berharap keajaiban je jadi mungkin orang tu lembut hati then pulangkan. Hmm. Takpelah IKA. Mungkin ade hikmah di sebalik tu. Dont worry, kawan kawan kau ade. We love you! *terpoyo plak. HEHE. Okay lah take care korang. Till then!
                                                                                                                    xoxo

Sunday, 14 August 2011

yum yum!

Assalamualaikum! Hey korang! Hari ni ialah hari ke 14 umat Islam di Malaysia ni berpuasa. Alhamdulillah, lagi setengah bulan nak raya. InsyaAllah. So, dah for sure masing masing sibuk buat kuih raya atau beli kuih siap siap kan. As for me, aku terfikir, TERfikir lah nak buat kuih raya tahun ni. Berkolaborasi dengan my closest niece, zati. HEE. 

Kitorg nak buat kuih simple je mcm Cornflakes & Biskut Milo. Yum Yum! :) . InsyaAllah lah :D . Heee. Korang mst ade minat kuih raya pape kan? Aku paling suka gila kuih cornflakes lagi lagi madu dia bnyk & melekat, pehh! Awesome! Hee. Lagi satu aku suka sarang semot. Tapi recently jarang lah nak jumpa. Apsal eh? Okay okay, back to the main point sebenarnya nak cakap aku balik kg & nmpk katalog ni. Jom check out!




Nampak tu bnyk gila biskut! Seronok gila aku tgk. Lagi lagi tyme puasa ni. Meleleh air liur * tahan qila tahan. HEE. Okay lah. Sampai sini je lah entry aku kali ni. Take care korang!

                                                                                                                           xoxo

Thursday, 11 August 2011

Tangan Perosak!

Assalamualaikum! Feel free to read my entry okay. Hopefully korang sihat lah sepanjang bulan puasa ni :) . Entry kali ni aku nak cerita pasal TANGAN PEROSAK. Apa itu TANGAN PEROSAK?

*abaikan kuku sontot itu.
Bagi aku tangan perosak tu ialah tangan aku sendiri.  Korang nak gelak? Nak kutok? Go ahead! Tak ksh pon sbb aku bukan jenis orang yg akan membangga diri & bukan jugak nak cakap ciptaan Allah ni xelok. AKU BERSYUKUR. okay? Dah malas nak ambik tahu tanggapan orang lagi. HAHA. Tangan perosak ni selalu jadi kat satu benda je. HANDPHONE! Adoi. Kalau benda yang tangan tu rosakkan mcm pensil norris 2B ke, Pen kat kedai Huanyo kat Alor Gajah tu ke, tak ksh gak aku sbb bnd tu rutin, beli selalu. Ni HANDPHONE yang beli utk julung julung kalinya. HAHA.

Actually dah banyak kali sebenarnya fown aku rosak. Mcm mcm hal lah jadi. Semua orang yang tahu mesti cakap 'kau tak yah guna fown mahal mahal lah' haish -.- , baik adik beradik aku, ape tah lagi kawan kawan aku. HAHA. Nak buat camne, fown tu asyik TERR, diulangi, TERRjatuhh.  Ya lah. Aku admit, kadang kadang aku agak clumsy, sbb tu lah fown RIP. Isk.
Sekarang kite mulakan EVOLUTION HANDPHONE aku okay? Annoying? Nak cakap aku show off? Silakan. Tp aku just nak share & cerita sbb ni blog aku kan. So, SUKA HATI AKU lah :) .




Nama dia aku tak sure tp Sony Ericsson W300 kot.Tahun 2008 kot. Dalam bulan Jun camtu masa masuk kolej. Guna handphone ni. Memang aku dah lama gila teringin nak handphone yang flip ni. Sbb aku ni jenis yang suka pandang features bukan spec. Haa, fhm kan? Excited sgt guna flip ni sampai selalu sgt terjatuh. Nak jadikan cerita, aku tidur katil atas plak. Lagi lah. Hmm. I MISS U FOWNY :( . Fown ni masalah dia flip punya sambungan dah patah, so aku tak boleh dengar suara org & same thing goes to the caller. Kena buat loudspeaker baru ok. Huh, depan orang? Memalukan! HIHI.




Lepas tu, trade in fown tu. Then beli lah Sony Ericsson Cybershot K770i. Sama jugak, tgk features dia je. HEHE. Dia ade warna purple, so ape lagi, nak jadi rare sgt kan, silakan lah ambik :) . HEE. Gambar snap dekat SONY mmg tak pernah mendukacitakan.  Lagi lagi cybershot. Mmg full memory sampai asyik hang je. Fown ni pulak masalah dia, tak dpt detect memory card sbb asyik jatuh so tmpt memory card tu dah rosak. Nak repair mmg mahal. So, nak buat cmne. Let go je lah :( . Tapi fown ni mmg cun!


Next beralih kepada another SE. SE W595. Comel je fown ni. Slide. Pehh, favourite aku lah tu. Tapi kali ni kaler hitam & gold. Fown ni bagus sbb takde prob. *padahal aku yg buat fown jadi tak bagus kan. HAHA. Memang okay. Tp aku tukar yang lain jugak sbb nak up-to-date gak kan. *konon lah. Aku sayang kau FOWN :) !



Masa ni sume orang heboh cari fown yang ada wifi, touch screen. Aku pon antara golongan yg menyibuk jugak lah kan. Hehe. Teringin gak bila tgk orang pakai. Tp mostly yg ade wifi , touch screen tp 3g kamera belakang. Adoi. If ade kamera depan pon, mahal GILA! tak mampu plak tp teringin ni. HEHE. Tapi jumpa gak NOKIA 5800 XM ni. Harga boleh tahan lah. Masa tu rasa bangga gila, seronok sbb dpt guna fown camtu. Ala-ala ifown lah konon sbb full touch screen & button kat tgh je ade. Aleh aleh, sama jugak, jatuh sampai screen hancurrr! Adoi. Tapi fown ni still aku simpan sbb nak repair. Boleh guna lagi ni. Sayang kot!

Fown sekarang ni. Blackberry Curve 8520. Masa ni pulak semua kemaruk guna smartfown. Taktahu lah korang kemaruk gak or tak tp aku mcm biasa, pon kemaruk. Haish -.- . Fown lama dah rosak, so beli lah. Actually masa beli ni tgh berbelah bagi nak NOKIA E5 or NOKIA E71 camtu. Tapi biasalah kan, darah muda, ternampak orang update status kat facebook, via Blackberry, so aku pon beli lah fown tu & ditambah sikit oleh abg aku. Terima Kasih abang. & Sekarang fown ni pulak dilanda masalah! haish. Orang lain guna elok je, aku je camni. Adoi. Tengoklah satu hari nanti aku hantar repair. Hopefully fown ni akan okay. AMIN :)

okay lah. sampai sini je entry aku kali ni. harap harap korang tak marah or fikir aku kasar sbb cakap 'aku' dalam setiap entry. aku dah biasa :) . take care korang. till then!

                                                                                                                          xoxo

Saturday, 6 August 2011

changing.


Aku bukan aku sekarang. Lagu ni - sangat bermaknaa! Others, back off!

Monday, 1 August 2011

J u s t . T h e . W a y . I . A m

Assalamualaikum! Selamat pagi. Baru tadi alhamdulillah dapat gak sempurnakan hari pertama puasa. Terima kasih Ya Allah. Okay, entry kali ni nak cerita pasal diri aku. Taknak baca? Lantak lah. Aku kat sini utk share. Thats all .


First of all nak cakap pasal shampoo. Yes, ini mmg rambut aku, tebal, menggerbang. Mesti korang caya kan? Tgk muka pon dah tahu. Baikk! HAHA. Dulu, lbh kurang 3 tahun lps kot, aku guna shampoo Clear. Tahu kan? Taktahu knp aku guna tu. Nak kate dandruff, takde lah sgt. Geli ke nak baca? Like i care. HEE. Guna lah shampoo tu then rambut mmg kasar gila mcm dawai! Hadoi. Lps tu 2tahun lps dah pandai guna Dove Therapy sbb bau dia mcm wangi lps tu lembut je ltk kat kepala. Kiranya kalau pakai pagi, malam pon mcm nak pakai lagi! HAHA. Ni ha Dove tu. Tapi ni packaging lama lah. Harga pon mmg tak kesian :(


Tapi lately ni kerap gak lah aku blk kg. But then tak bawak balik dove sbb yelah, bnyk brg lah pulak. Kalau kecik takpe, ni besar gedabak! Hadoi. Kat kg ade shampoo Clear yg baru ni. Yang pakej baru tu kan. Aku pon guna lah. Rasa mcm lembut plak rambut plak rambut aku lps pekena dgn Clear baru ni. Wangi, Lembut sume ade. HAHA. Ni gmbar dia :


Walaubagaimanapon, aku still lagi guna dove tu sbb ade conditioner. Clear takde conditioner pulaks.

Secondly nak cakap pasal deodorant. Haish. Mahal gak rupanya ketiak aku ni. HAHA. Kenapa aku cakap camtu? Sbb deodorant biasa boleh buat bengkak okay kat ketiak ni. Korang geli? Suka hati lah. Tp bnd ni fakta. Memang perit, sakit, pedih ketiak aku lps guna deodorant ni. Actually tak expect pon ketiak aku ni sensitif sbb selalu aku guna je pape, Ketiak aku okay je. Ntah knp lately ni meragam plak. Hadoii. Nak tahu deodorant ape yang aku guna sampai bengkak tu? Ni ha.
Tu diaa. Previously aku pakai tu, takde pape pon. Lately ni je. Aku igtkan kadang kadang je jadi, tgk tgk everytime aku pakai, pehh! Rasa nak menangis sbb pedih gila. Rasa mcm nak terkoyak je ketiak aku plus mcm terbakar! Dapat tak korang rasa? Hadoii. Tak silap aku harga dia rm10 ++ gak. Tapi tu lah. Ketiak ku tak boleh terima. Haish -.- . Tapi ade gak kawan kawan aku yg guna okay je. Pelik betol ketiak aku ni. HAHA

Then sekarang aku guna Dove spray deodorant plak. So far okay tp harga memang nak buat aku menitikkan air mata macam spray pakai Nivea tu. Adoi. rm14 ++ camtu lah gak. Tapi takpelah. Demi keselamatan ketiak ku ni, aku korbankan duit. HAHA. Ni ha gbr dia.
Guna ni. Memang bagus lah! Tak sakit. Lembut je kat ketiak ni ha. HAHA. Sbb tu lah aku cakap mahal gak ketiak aku ni. Kopak kopak. Hadoi :( .

Okay. Setakat tu je lah masalah yang aku alami setakat ni. HAHA. Terima kasih kerana sanggop membaca tulisan yang tak berapa ni. Hopefully tak terlambat lagi aku nak cakap Selamat Menyambot Ramadhan Al-Mubarak! Semoga Amalan kite diterimaNYA. AMIN. Take care peeps!
                                                                                                                            xoxo