Thursday, 30 June 2011

H O R A S !

Hello & afternoon peeps! :) . Horas = selamat datang/all the best maksud dia. Lama tak tulis untuk korang ( padahal bape kerat je orang baca kan kan ) . Hee. Last week, 23 july - 26 july aku secara officiallynya telah pergi ke bercuti dengan umi & adik adik aku ke Medan Indonesia. *bercuti dgn geng puspanita yg lain -.- . Lepas kelas hari Rabu pukul 2.30 aku trs balik Serdang & sampai agak awal kat Serdang, so aku decide utk ajak sorang kwn aku gi teman aku beli bagpack sbb takde beg yg sesuai utk dibawak. Then lepas beli straight lah pulang ke umah. Thank you kawan!

Esoknya Khamis kul 3.30 pagi dah kena bangun mandi semua sbb nak gi tmpt kerja umi utk park kereta kat sana then gi LCCT naik bus dgn puspanitass yang lain sbb tiket flight pukul 7.20 am. Naik flight lebih kurang 55minit sampai di Medan. Kejap je, mcm dalam Malaysia je rasenya. Actually tak byk beza pon sini dgn sana. maybe sbb dekat kan? Nama airport dorang POLONIA. dorang kata sbb dulu Poland dtg Indon then org indon asyik sebut mcm ni 'poland nya' so jadilah AIRPORT POLONIA :)



Lepas sampai kat bdr Medan, straight away gi area Lake Toba. Kat Lake toba tu atau Danau toba ade ikan nama ikan MEGAWATI sbb dulu masa Megawati memerintah Indon, dia pernah semai benih utk ikan tu, so orang byk pggl ikan tu ikan Megawati, tp takde plak contohnya. Untuk pergi ke Lake Toba ambik masa 6jam dlm bus! Muak gila weh. Tp bila tgk view kat situ, takdelah muak sgt kan.

lunch aku tp tak hbs pon. ni je aku mkn? sbb mostly sayur je, mana aku makan.









Dekat sana ada bangsa yg nama dia BATAK. Haa, kat sini asyik sebut 'batak betol' batak kat malaysia = jakun. Kaum Batak ni dahulunya makan org tapi 2 jenis org je dia mkn ;-

  1. orang yang menganggu isteri Raja.
  2. orang yang mengamalkan ilmu hitam.
Tapi tu crite dulu, skrg dia tak makan semua tu, makan semua binatang kaki 4. contohnya :-
  1. anjing.
  2. Khinzir.
Selalunya ada kedai yang menjual makanan tu diorang akan tulis B-1 B-2 . Dorang takkan tulis Halal or Tak.

    
ade jugak tmpt shopping dia. tgk lar gbr gbr ni. penat plak nak tulis.





tengok ada simbol mcm SURIA KLCC tu kan? Nama dia Sun Plaza. Nak dekat sama kan simbol? Okaylah. Tu jelah kot utk entry ni. Till then. TC! Assalamualaikum!
xoxo

Sunday, 19 June 2011

Contohnya?

Assalamualaikum. Korang sihat? Tny korang ni mcm ramai je follower aku kan. Haha. Btw, terima kasih dekat kawan - kawan yang sudi menfollow blog aku yang tidak seberapa ni :) . Dan kepada yang sibuk sibuk tu, cukup cukup lah eh. Bukan aku yg cari tu, tp korang yg cari. Igt aku taktahu? HAHA.

Malas aku nak bg direct ape yg aku nak try ckp ni. Walaupon aku jenis yang direct. Mcm ni lah,semua orang ade different perangai, different fikiran & different semua lah. & korang tak blh nak paksa org tu ikot suka hati korang.

Contohnya : org tu mmg jns kasar, then ape dia ckp & ape dia tny kdg kdg buat org fikir dia mrh / MENUDUH . padahal dia just tny je. Nampak tak?

Contohnya : kalau orang tu ckp taknak, then dia taknak lah. Jangan paksa dia / ugut dia pape utk kesenangan / keseronokan kau. Jangan ikot kepala kau sbb kau bukan sesiapa & semua org ade hati & perasaan. Okay?

Contohnya : kalau org tny kite, just jwp trs baru tny knp sbb if kite tak jwp then kite tny dia balik tu tanda mcm kite tak jujur. pndpt aku lah tu. taktahu lah korang cmne.

Contohnya : kite bukan sape sape utk org slalu ikut kepala kite, fhm perangai kite. So, sila give & take. Sbb kalau nak ikut kepala masing masing je, tak ke hancur dunia ni. Kan?

Contohnya : kadang kadang kite ni kena plak berpura pura dekat depan org tu utk puaskan hati dia. WTH? Bnd tu sume terpaksa. Kalau tak kang nnt marah, sentap.

Okay lah. Tu je. Taktahu. Motif ape aku buat entry ni. Take care korang.
xoxo

Friday, 17 June 2011

sayang.hargai AYAH

Ayah nafsu liar dihukum

Lucah melampau, rogol anak jiran

KUANTAN: Walaupun sudah mempunyai empat isteri dan 15 anak, nafsu seks melampau seorang buruh akhirnya membawa padah apabila dihukum penjara 22 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah atas dua tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anaknya dan merogol anak jirannya.

Tertuduh berusia 45 tahun dari Kampung Razali, Batu 4, Jalan Gambang, di sini dihukum penjara empat tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen 2 atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anak perempuannya berusia 11 tahun, di sebuah rumah di Kampung Jaya Gading, di sini, pada 2009.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman terbabit selepas mengambil kira kesan kepada kanak-kanak berkenaan, selain kepentingan awam. Pendakwaan kes dilakukan Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Tertuduh yang kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1, mengaku salah atas tuduhan merogol anak jirannya berusia 11 tahun di kawasan semak berhampiran jambatan Kampung Seri Damai, di sini antara jam 1.30 petang hingga 2.30 petang, pada 26 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Noradidah Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan dilakukannya.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengambil kanak-kanak terbabit pulang dari sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah, tertuduh mengubah laluan dan membawa mangsa ke kawasan semak di Kampung Seri Damai sebelum merogolnya.

Tertuduh turut memberikan mangsa sedikit duit dan mengarahkannya tidak memberitahu kejadian yang berlaku kepada orang lain. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kejadian menimpanya kepada keluarga sebelum tertuduh ditahan pada 8 Jun lalu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan perlu menyara keluarga yang ramai serta berjanji tidak mengulangi perbuatan sama.

Assalamualaikum! Selamat Malam korang! Kali ni starting dgn berita plak. Thanks Berita Harian! :) Hari ni hari Bapa plak ( sumber Quzaitul Izzati ) . Then buat perangai camtu. Tak malu ke? Geli plak aku baca tuu. Tolonglah. Dah kawin 4 kot. Then nak lagi. Nasib baik takde tunjuk gbr. Kau penyebab certain budak takot dgn ayah sendiri ( ade ke )? HAHA. Ni bukan nak meroyan / mintak simpati tp just nak tulis ape aku rase utk korang ambik yang mane baik.
& Aku bersyukur sbb dikurniakan seorang ayah, Arwah ayah actually cukup penuh dgn semua sifat mahmudah. Semua orang patut rasa berbangga terhadap ayah masing masing. Kann? Ayah aku ialah hero aku sbb dia tak prnh pukul aku, ape tah lagi cubit aku spnjg aku hidop. Baik kan? In fact masa tu umur aku dah brp tua dah dia still belikan aku barbie doll semua. Bukan nak mintak simpati tp just nak share cite. Bestnya kalau ade ayah ni. Boleh peluk, cium kan? aku sempat buat cmtu bbrp tahun sblm dia pergi je. hmm. agak pathetic lah kan. Aku rapat dgn ayah since ibu dah takde. Ayah sgt manjakan aku! Byk sgt ayah berkorban utk aku, kitorg adk brdk.
Actually masa form 4, ayah dah start sakit. Masa tu plak aku dah start masuk asrama & mcm mcm jadi! Aku rs bersalah gak bila crite psl mslh aku dekat ayah sbb mslh aku buat ayah risau & tak blh tido ;( . Mase exam mid year, essay english dia suruh buat tajuk 'my hero'. Aku pon tanpa byk fkr, trs tulis my hero is my lovely father! Segala yg aku tulis tu semua berdsrkn pgalaman & direct dr hati aku. Mcm nak ngs gak lah bila tulis essay tu, yelah mcm tulis diary lah plak. Last krgn tu aku ckp 'I promise u that i'll never ever dare to send you to old folks home'. Aku siap baca krgn tu kat ayah then ayah senyum ayah ckp 'ya ke ni' . Aku pon ckp 'ye lah' tanpa terfikir pape pasal kepergian ayah. Ade satu hari tu aku nak keluar, then masa tu mmg ayah tak lalu sgt nak makan, dia mengadu kat aku, dia ckp 'ayah lapar, tp ayah tak lalu makan, makan roti tu pon sikit je' tapi aku, mengiyakan tanpa endah! Sgt biadap kau ni Qila! Hopefully korang tak jadi mcm aku. Hargai ayah korang! Korang tak rasa kehilangan tu lagi tp nnt korang akan rasa, so tolong sgt aku mntk sgt korang appreciate ayah korang. Tak semestinya Hari Bapa je, tapi hari hari kalau boleh, call, peluk ciom! Sorry kalau ade yg terasa, Even terok mana pon ayah korang tu, tp dia still ayah korang & semua ayah sygkan anaknya! Tolong hargai & jage parents korang! & skrg tugas aku sudah beralih ke adik beradik aku. & yes i love my siblings damn much! dugaan ni membuatkan kitorg makin rapat! Terima kasih Ya Allah.
Aku rasa cukup lah entry kali ni sampai sini. Hargai parents korang. Dah 5 tahun Hari Bapa aku tanpa arwah ayah, Muhamad Ghawas. orang syg ayah! org syg ibu! Kawan kawan yang baca entry ni saya nak minta jasa baik utk sedekahkan arwah ayah saya. Terima Kasih. take care korang!
xoxo

Thursday, 16 June 2011

L E L A K I

Assalamualaikum & Selamat malam korang. Semalam ade kejadian gerhana kann? Dalam pukul 1 a.m camtu tak silap aku. Tapi tak dpt tgk pon sbb mengantok gila -.- . Lama gila tak buat entry. Takde bnd nak dicerita lahh :P . HEE :)

Entry kali ni aku nak cerita pasal ciri ciri lelaki yg menjadi minat utk aku suka zaman dulu dulu lahh. Heee. Ciri ciri yang aku suka mmg pelik. Mmg ramai pon ckp cmtu dan hakikatnya takde sorang pon pernah setuju dgn ciri ciri lelaki yang aku suka ni. Diingatkan ciri ciri ni hanyalah dari segi fizikal je :) . Aku sure ramai yg ada gak kan ciri ciri yang korang nak kan? Standard lah, manusia - bnyk demand! :P . Tapi igt pape yg kita dpt tu kena lah bersyukur & aku bersyukur dgn ape yg aku ada! Terima Kasih Ya Allah :)

First of all, aku obses gilaa dgn lelaki yang rambot kerintingggg! OMG <--- shortform mcm ni bf aku tak suka, tp ada aku ksh *tgn di dada mata ke atas ( credit utk naza . B ) haha! Tak tahu apsal tapi aku suka tengok laki rmbut kerinting. kerinting bukan yg biasa biasa tau. tp kerinting yg mcm alaa ssh nak ckp sbb aku sorg je fhm -.- . HEE :D . Bagi aku laki rmbt kerinting ni comel mcm rasa nak sepak jeee . HAHA. Contohnya Giring Nidji ni.



Yang kedua ialah, lelaki yang berkulit gelap! Ni mmg korang mesti pelik & buat muka 'eeewww' kann? Haha. Aku dah ckp pelik! Taktahu lar knp aku suka. Tapi yang penting bukan yang hitam bontot kuali. OK? Just taknak yg kulit cerah je. HEHE. Takde contoh. Susah nak describe. Bila aku nmpk laki tu baru aku boleh ckp :) .

Yang last ialah yang tak brp nak tinggi sgt tp bukan lah pendek. Takat aku dgn dia telinga cmtu ke sbb aku ni err err. Takde lah tinggi sgt pulak kan. -.- . Taknak lah nnt susah nak mendongak. HAHA. Ni Wesley Sneijder. Orang tak kenal dia sgt. Aku kenal dia pon masa World Cup baru baru ni sbb dia player Netherland. Aku kenal katenya. Mmg kawan kawan pon. HEE.

& paling last ( padahal tadi dah ckp last ) aku suka tgk lelaki dari kaki dulu. Kaki tu bermaksud kasut / selipar dorang. tak tahu lah knp. maybe sbb aku jalan tunduk ke bawah kot. Humble lah konon. HEHE. So, tu je lah ciri ciri laki aku suka. Tapi suka tak bermakna kena ada, just suka suka :) . faham kan? Tapi still lelaki paling kacak, Handsome, bergaya, Bijak, AWESOME ialah lelaki lelaki di bawah ini ;

.Satu satunya abang kite.

.Ayah kite.

.Satu satunya adik lelaki kite.


.boyfie kite. *maap gedik sikit ;p

Okay, ape yang aku cite tadi just nak suka suka je. Mmg seronok tgk ape yg kite nak tp tak semestinya bnd tu kena jadi hak kite. Kan? :) . Tu je lah entry kali ni. Jaga diri korang - terutama perempuan. Sbb akak aku ckp acid splasher tu dah ade protege skrg. So beware :) . Chalo bette!
xoxo

Friday, 3 June 2011

Hello Final Semester :)

Assalamualaikum! Selamat petang & berhari hujan korang! Hehe. Dah seminggu kelas start. Ade jugak lecturer tak masuk lagi. Tp so far yang masuk sume mmg lecturer tiptop. Dr, PM pehh. Aku rs macam dah smbg degree plak. HAHA.

Seminggu sblm nak balik lendu barulah hari hari aku terisi. Terisi maksudnya ada aktiviti camtu lah. Sepatutnya daftar Sabtu, tp mls so daftar Ahad. Senior katekan :P . hihi. Bukan malas tp Sabtu tu nak kuar dgn cousinss sbnrnya. Selalu Mimi ade, tp disbbkan Mimi keje, utk mencari rezeki maka tinggallah zati, along & jipah sahaja. HEHE. Along ngan Jipah nak tgk Nur Kasih, tp aku & zati dah tgk, so kitorg decide nak tgk Johnny Depp! yum yum! :D
venue macam biasa tanpa mimi di terminal one. HEHE.


Lepas tu esoknya Ahad abang hntr balik Lendu. Malasnyaaa. Isk. Btw, Terima kasih abang. Ni abang betol okay bukan abang tipu. Tak kuasa nak panggil abang tipu abang. HAHA. Before tu smpt gak tgk Irdina Husna, anak abang saudara aku atau nama glamour dia Monina!
Ahad malam isnin tu finale mentor so dapat lah tgk even kat lendu sbb umah kitorg ade tv plasma plak. Astro plak tu *tangan di dada mata ke atas . HAHA. Masa tgk tu makan lah juadah yg dibawa oleh Falin iaitu mangga & kicap. Thanks Falin! Yum Yum!


Then kelas pon start! -.- . Adoi. Takde mood. Tak bersedia otak aku ni nak menerima pembelajaran. HAHA. Gbr ni sume sepanjang minggu pertama kitorg part 6 :) Selamat Menatap - tu pon kalau nak tatap lah. heee.







done with this entry! Take care korang!
xoxo